ANTARA cebisan bahagian pesawat Hercules. FOTO/AFP
AFP

PUNTA ARENAS: Chile mengesahkan penemuan serpihan terapung adalah daripada pesawat tentera yang dilaporkan hilang bersama 38 orang dan peluang menemui mangsa terselamat adalah mustahil.

Kelmarin, penyelamat menemui cebisan mayat manusia ketika pencarian pesawat tentera udara Chile yang hilang dalam perjalanan ke Antartika.

Gabenor rantau Magallanes di selatan Chile, Jose Fernandez, berkata tentera udara mengesahkan penemuan serpihan bangkai pesawat dan mayat dengan beliau.

“Mereka memaklumkan kami menemui serpihan lain pesawat serta cebisan mayat dari mangsa di dalamnya,” kata Fernandez kepada media.

Seramai 21 penumpang dan 17 anak kapal berada di dalam pesawat Hercules C-130 yang dalam penerbangan ke pangkalan Eduardo Frei, Chile, melintasi Laluan Drake di Antartika, sebelum ia disahkan hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Disember 2019 @ 10:40 AM