BANK Derma Tisu Victoria dan perkhidmatan sumbangan Organ dan Tisu di Sydney masing-masing menghantar 10,000 sentimeter persegi. FOTO Agensi.
Agensi

CANBERRA: Australia menghantar sebanyak 20,000 sentimeter persegi kulit alograf untuk membantu mangsa letusan gunung berapi White Island mengorbankan lapan warga Australia.

Daily Mail melaporkan, Bank Derma Tisu Victoria dan perkhidmatan sumbangan Organ dan Tisu di Sydney masing-masing menghantar 10,000 sentimeter persegi untuk merawat tisu dalaman mangsa yang terbakar teruk.

Pusat Budaya Kulit Queensland turut bersedia untuk membuat penghantaran manakala 1.2 juta sentimeter persegi kulit akan dihantar dari Amerika Syarikat.

Beberapa mangsa, yang memakai baju musim panas ketika melawat gunung berapi berkenaan di New Zealand pada Isnin lalu, terbakar sehingga 80 peratus.

Kulit alograf digunakan untuk menampal luka akibat terbakar selepas tisu mati dikeluarkan.

Ketua pegawai perubatan di Counties Manakau Health, Peter Watson, berkata pesakit yang menderita luka terbakar memerlukan proses pembaikan.

“Buat masa ini, kami masih mempunyai bekalan tetapi sedang mencari bekalan tambahan segera untuk memenuhi keperluan menangani kemusnahan kulit,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Disember 2019 @ 1:40 PM