SKUAD penyelam Polis dan penyelam tentera laut menyambung tugas pagi ini bagi mencari mayat yang dilihat dalam air. AFP
SKUAD penyelam Polis dan penyelam tentera laut menyambung tugas pagi ini bagi mencari mayat yang dilihat dalam air. AFP
Reuters

WELLINGTON: Pasukan penyelamat New Zealand meneruskan usaha membawa keluar dua lagi mayat mangsa yang terbunuh di White Island susulan letusan gunung berapi itu pada awal minggu ini.

Enam mayat berjaya dibawa keluar semalam selepas pasukan tentera yang memakai topeng gas dan sut hazmat pergi ke pulau itu dalam misi berisiko tinggi.

Polis berkata, mereka tidak dapat membawa keluar mayat dua lagi mangsa tetapi berjaya mengesan sekurang-kurangnya satu mayat dalam air tidak jauh dari pantai.

“Skuad penyelam Polis dan penyelam tentera laut menyambung tugas pagi ini bagi mencari mayat yang dilihat dalam air,” kata polis dalam kenyataan.

Polis berkata, mereka tidak akan kembali ke pulau itu untuk memulakan pencarian di darat hari ini, menambah mereka menganalisis semua maklumat yang ada dan menilai langkah seterusnya.

Gunung berapi itu, yang menjadi destinasi pelancongan popular, meletus Isnin lalu, mengeluarkan asap, wap dan gas ke seluruh pulau berkenaan.

Jumlah kematian kini 14, dengan dua mayat masih dianggap hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Disember 2019 @ 10:03 AM