LEBIH 1,000 babi ditanam di Medan selepas bangkai haiwan itu dikeluarkan dari sungai. FOTO AFP
AFP

MEDAN: Lebih 27,000 babi mati dalam wabak kolera di Indonesia dan ribuan lagi diancam penyakit itu.

Menurut pihak berkuasa, ribuan babi dilaporkan mati di lebih 12 daerah di

Sumatera Utara sejak tiga bulan lalu dan kadar kematian semakin meningkat.

Ketua Pejabat Veterinar Medan, Agustia berkata setiap hari antara 1,000 dan 2,000 babi dilaporkan mati.

Bulan lalu, lebih 1,000 babi yang mati akibat kolera ditanam di Medan selepas bangkai haiwan itu dikeluarkan dari sungai dan polis masih menjejaki pihak bertanggungjawab.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Disember 2019 @ 6:45 PM