FOTO HIASAN.
AFP

KATHMANDU: Tiga orang termasuk seorang pegawai polis terbunuh dalam letupan bom di selatan Nepal awal pagi ini.

Bom itu meletup di luar sebuah rumah di daerah Dhanusha selepas penghuninya menghubungi polis untuk melaporkan objek mencurigakan.

“Letupan berlaku sebaik sepasukan polis tiba di lokasi. Mangsa yang terbunuh adalah pemilik rumah, anak lelakinya dan seorang pegawai polis,” kata jurucakap polis, Pradhumna Karki.

Beliau berkata, dua lagi penghuni rumah itu dan seorang pegawai polis cedera.

“Kami masih menyiasat kejadian itu dan setakat ini, belum ada pihak mendakwa bertanggungjawab melakukan letupan itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Disember 2019 @ 7:04 PM