RIBUT berkenaan menyebabkan sekurang-kurangnya 40,000 rumah tiada bekalan elektrik pada tengah hari semalam. FOTO AFP
AFP

PEYREHORADE: Dua pesara terbunuh dan ribuan rumah terputus bekalan elektrik akibat ribut dan banjir melanda barat daya Perancis.

Seorang lelaki berusia 70 tahun maut di Pyrenees-Atlantique di Basque Country, kelmarin apabila kenderaannya dihempap pokok tumbang.

Di Espiens di Lot-et-Garonne pula, seorang lelaki berumur 76 tahun dihanyutkan arus deras ketika keluar mengambil surat di kediamannya, Jumaat lalu.

Mayatnya ditemui penyelamat 24 jam kemudian selepas hanyut lebih 1 kilometer dari rumahnya.

Sementara itu, dua parah dan tiga cedera ringan selepas kenderaan mereka dihempap pokok.

Operator bekalan elektrik, Enedis, berkata ribut berkenaan menyebabkan sekurang-kurangnya 40,000 rumah tiada bekalan elektrik pada tengah hari semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 11:04 AM