SEBAHAGIAN penunjuk perasaan yang berhimpun. FOTO AFP
AFP

GUWAHATI: Seramai 35 orang cedera akibat pertempuran dengan pihak berkuasa di timur laut India kerana menentang undang-undang kerakyatan meningkat kepada enam orang, ketika penunjuk perasaan bersumpah untuk terus menentang undang-undang berkenaan.

Di Assam, empat orang maut ditembak polis, seorang terbunuh dalam kebakaran selepas kedainya dibakar perusuh dan mangsa keenam mati akibat dipukul semasa protes, kata pihak berkuasa.

Press Trust of India melaporkan, seramai 35 orang cedera akibat pertempuran dengan pihak berkuasa dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Menurut pihak berkuasa, sekolah di kawasan berkenaan ditutup hari ini.

Ketegangan kekal tinggi di pusat utama bantahan di bandar ini yang terletak di Assam, dengan kawalan keselamatan ketat tentera mengawal jalanan.

Kira-kira 5,000 orang mengambil bahagian dalam bantahan baharu di sini, hari ini, dengan ratusan polis memerhati ketika penunjuk perasaan menyanyi dan membawa kain rentang dengan kata-kata ‘panjang umur Assam.’

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Disember 2019 @ 11:24 AM