X
JAMAL Khashoggi merupakan penduduk AS dan pengkritik tegar Putera Diraja Arab Saudi Mohamed bin Salman. FOTO Agensi
JAMAL Khashoggi merupakan penduduk AS dan pengkritik tegar Putera Diraja Arab Saudi Mohamed bin Salman. FOTO Agensi
AFP

RIYADH: Mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati terhadap lima orang kerana membunuh wartawan Jamal Khashoggi tetapi dua pegawai kanan, termasuk pembantu kanan Putera Mahkota dibebaskan dengan alasan kekurangan bukti.

Timbalan Pendakwa Raya Arab Saudi, Shalaan al-Shalaan, berkata: “Kami mendapati pembunuhan Khashoggi tidak dirancang.”

Menurutnya, timbalan ketua agensi perisikan Ahmed al-Assiri melaksanakan pembunuhan Khashoggi atas arahan pegawai media istana, Saud al-Qahtani.

Menurut kenyataan pendakwa raya, Qahtani turut disiasat namun tidak didakwa kerana ‘kekurangan bukti’ dan Assiri juga disiasat dan didakwa tetapi dibebaskan kerana alasan yang sama.

Kedua-dua mereka adalah penasihat kanan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman dan dipecat berikutan pembunuhan itu.

Khashoggi, 59, penulis dengan Washington Post dibunuh di Istanbul, Oktober tahun lalu. Mayatnya dipotong-potong oleh skuad 15 orang dalam Konsulat Arab Saudi dan tidak pernah ditemui.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Disember 2019 @ 9:16 PM