X
GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

LIMA: Pihak berkuasa Peru menyaman pemilik tempatan franchise McDonald’s AS$250,000 (RM1 juta) kerana melanggar aspek keselamatan di premis berkenaan selepas dua pekerjanya maut terkena renjatan elektrik.

Pekerja berkenaan, seorang lelaki berusia 18 tahun dan seorang wanita, maut pada 15 Disember ketika membersihkan dapur McDonald’s di Pueblo Libre, Lima.

Menurut polis, wanita itu terkena renjatan elektrik semasa mengendalikan mesin soda. Rakan sekerjanya cuba membantu tetapi turut mengalaminya sama.

“Kami menemui enam pelanggaran yang sangat serius, salah satunya tidak membuat panggilan (susulan kematian) segera pada masanya,” kata ketua National Superintendency of Labor Inspection (Sunafil), Juan Carlos Requejo.

Sunafil melaporkan, kerosakan mesin soda itu diketahui syarikat tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Disember 2019 @ 12:29 PM