KEPULAN asap tebal akibat kebakaran hutan memenuhi ruang atmosfera di timur Albury di New South Wales. FOTO Agensi
KEPULAN asap tebal akibat kebakaran hutan memenuhi ruang atmosfera di timur Albury di New South Wales. FOTO Agensi
Reuters

SYDNEY: Seorang sukarelawan bomba Australia maut manakala dua lagi cedera parah akibat melecur selepas trak yang dinaiki terbalik apabila angin ribut melanda kawasan hutan terbakar.

Pasukan bomba bekerja di kawasan kebakaran kira-kira 70 kilometer di timur Albury di New South Wales, kata pihak berkuasa dalam Twitter.

Sebanyak 11 amaran kebakaran kecemasan berlaku di Victoria, di mana keadaan lebih teruk dijangka berlaku sekelip mata.

Sementara itu, kebakaran berkenaan turut mengancam Australia Selatan dan Tasmania.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Disember 2019 @ 5:17 PM