SALAH seorang anak kapal warga Greek, cedera pada pergelangan kaki akibat peluru sesat. FOTO: AFP
SALAH seorang anak kapal warga Greek, cedera pada pergelangan kaki akibat peluru sesat. FOTO: AFP
AFP

ATHENS: Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang kapal tangki minyak Greek dan menculik lapan kru lelaki termasuk kapten kapal berhampiran Douala, Cameroon, hari ini.

Lima warga Greek, dua Filipina dan seorang Ukraine adalah sebahagian daripada 28 anak kapal Happy Lady di pelabuhan Limbe, kata kementerian perdagangan marin dalam satu kenyataan.

Menurut pihak berkuasa, salah seorang anak kapal warga Greek, cedera pada pergelangan kaki akibat peluru sesat dan dibawa ke hospital tempatan untuk dirawat.

“Menteri Perdagangan Marin, Yannis Plakiotakis mengikuti perkembangan penculikan itu bersama kementerian luar negeri dan pengendali tangki minyak,” kata kenyataan itu.

Pejabat akhbar pelabuhan berkata kapal itu dimiliki oleh Athens Mediterranean berpusat di Athens.

Rompakan di laut menyebabkan operasi dua pengeluar minyak utama di sub-Sahara Afrika iaitu Nigeria dan Angola tergendala, sekaligus mengganggu pengangkutan maritim antarabangsa ke beberapa benua utama dengan kos bernilai bilion dolar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Disember 2019 @ 6:45 PM