GAMBAR menunjukkan dua kenderaan terbakar dalam serangan Amerika Syarikat di lapangan terbang di Baghdad. FOTO AFP
GAMBAR menunjukkan dua kenderaan terbakar dalam serangan Amerika Syarikat di lapangan terbang di Baghdad. FOTO AFP
Agensi

BAGHDAD: Kedutaan Amerika Syarikat menggesa semua rakyatnya untuk meninggalkan Iraq serta-merta.

Ia susulan serangan roket oleh Amerika Syarikat di lapangan terbang antarabangsa di sini, yang mengorbankan Komander kanan Iran, Qasem Soleimani dan timbalan ketua pasukan tentera Iraq, Hashed Al Shaabi.

“Berdasarkan situasi tegang di Iraq dan rantau itu, Kedutaan Amerika Syarikat menggesa rakyat Amerika untuk mematuhi Nasihat Perjalanan Januari 2020 dan meninggalkan Iraq serta-merta.

“Mereka perlu meninggalkan negara itu, jika boleh, menerusi pengangkutan udara atau menerusi ke negara lain melalui jalan darat,” kata kedutaan itu dalam satu kenyataan.

Terdahulu, AFP melaporkan Soleimani dan timbalan ketua pasukan tentera Iraq, Hashed Al Shaabi adalah antara yang terbunuh dalam serangan di lapangan terbang Baghdad, awal pagi hari ini.

Jurucakap Al Hashed berkata, serangan di lapangan terbang itu turut meragut nyawa timbalan ketua kumpulan berkenaan, Abu Mahdi Al Muhandis yang dianggap pemimpin utama mereka.

Sementara itu, Reuters melaporkan Iran mahu menuntut bela atas kejadian berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 January 2020 @ 5:04 PM