PASUKAN Bomba memadam kebakaran di Adelaide, Australia. FOTO Reuters
PASUKAN Bomba memadam kebakaran di Adelaide, Australia. FOTO Reuters
AFP

SYDNEY: Sekurang-kurangnya dua terkorban dan sebuah taman negara hampir musnah di Kangaroo Island, kata pihak berkuasa, hari ini.

Kebakaran terus merebak di Taman Negara Flinders Chase akibat cuaca buruk dan mengancam kawasan padat penduduk di pulau itu.

Menurut polis, dua individu terbunuh apabila kenderaan mereka dijilat api berhampiran pekan Parndana namun identiti kedua-dua mangsa masih belum dipastikan.

“Kebakaran bermula di Kangaroo Island yang terletak di barat daya Adelaide pada 20 Disember lalu dan kini sudah memusnahkan lebih 1,000 kilometer persegi.

“Jumlah itu membabitkan hampir semua kawasan di Taman Negara Flinders-Chase termasuk infrastruktur bangunan.

“Ia sudah pasti menyebabkan kematian hidupan liar dalam jumlah besar,” kata pemerintah Australia Selatan, Steven Marshall.

Taman negara itu adalah habitat kepada kanggaru, koala dan echidna.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 January 2020 @ 2:05 PM