SERANGAN berlaku ketika konvoi PMU yang membawa komander Hashed al-Shaabi. FOTO AFP
SERANGAN berlaku ketika konvoi PMU yang membawa komander Hashed al-Shaabi. FOTO AFP
Agensi

BAGHDAD: Serangan udara terbaru pada Sabtu di utara Baghdad mengorbankan enam anggota Unit Mobilisasi Popular (PMU) yang membawa komander Hashd al-Shaabi.

Berdasarkan laporan stesen televisyen Al-Sumaria yang memetik sumber keselamatan negara itu, kejadian berlaku ketika konvoi berkenaan dalam perjalanan di wilayah Taji.

Serangan itu berlaku selepas serangan udara Amerika Syarikat (AS) yang mengorbangkan komander kanan Iran, Qasem Soleimani dan timbalan ketua pasukan tentera Iraq, Hashed Al Shaabi.

Hashd al-Shaabi dalam kenyataan memaklumkan serangan itu mensasarkan konvoi perubatan, lapor Agensi Berita Iraq.

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden itu dikeluarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 January 2020 @ 4:49 PM