PENYOKONG ketenteraan Iran yang berarak di kampung halaman di Kerman, Tehran. FOTO AGENSI
PENYOKONG ketenteraan Iran yang berarak di kampung halaman di Kerman, Tehran. FOTO AGENSI
AFP

TEHRAN: Jenazah Komander tentera Iran, Qasem Soleimani akan dikebumikan di kampung halamannya di Kerman, Selasa nanti.

Menurut kenyataan Pengawal Revolusi, jenazah Soleimani dijangka tiba di Tehran malam nanti sebelum dibawa ke bandar suci Shiah, Mashhad keesokannya untuk satu upacara yang akan diadakan bersebelahan makam Imam Reza.

“Satu lagi upacara akan diadakan di Tehran pada pagi Isnin dan seterusnya jenazah akan dikebumikan di Kerman,” katanya.

Soleimani yang terbunuh pada usia 62 tahun adalah individu paling popular di Iran.

Selepas menyertai peperangan Iran-Iraq pada 1980 hingga 1988, beliau dinaikkan pangkat sehingga bergelar komander Tentera Quds..

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 January 2020 @ 5:22 PM
Digital NSTP Subscribe