KIMURA (tengah) bersama ikan tuna gergasi yang dibelinya dengan harga RM7.3 juta. FOTO AFP
KIMURA (tengah) bersama ikan tuna gergasi yang dibelinya dengan harga RM7.3 juta. FOTO AFP
AFP

TOKYO: Ahli perniagaan terkemuka Jepun yang terkenal dengan gelaran ‘Raja Tuna’ , membayar AS1.8 juta (kira-kira RM7.3 juta) untuk ikan tuna gergasi pada acara lelong Tahun Baharu, di pasar ikan utama di sini, pada Ahad.

Kiyoshi Kimura yang memiliki rangkaian restoran sushi terkenal sanggup membayar jumlah itu bagi mendapatkan ikan tuna ‘bluefin’ seberat 276 kilogram (kg).

Ia ditangkap di Aomori, di utara Jepun,

“Ini adalah yang terbaik. Ia amat mahal bukan? Tetapi, saya mahu pelanggan dapat menikmati hidangan yang lazat,” katanya.

Sebelum ini, Kimura sudah beberapa kali membayar harga yang luar biasa mahal bagi mendapatkan ikan pada acara lelongan sama.

Pada tahun lalu, dia membayar AS3.1 juta bagi mendapatkan ikan tuna seberat 278 kg.

Acara lelong itu kini diadakan di pasar baharu di kawasan dikenali sebagai Toyosu.

Pasar sebelum ini, Tsukiji yang menjadi pasar ikan utama dan lokasi pelancongan popular dengan dipenuhi restoran dan kedai, ditutup pada 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 3:47 PM