MARIN. AFP
MARIN. AFP
Agensi

Helsinki: Perdana Menteri Finland berhasrat untuk memperkenalkan waktu kerja fleksibel meliputi empat hari seminggu dan enam jam sehari.

Sanna Marin, 34, yang juga ketua kerajaan kedua termuda di dunia berkata, inisiatif itu membolehkan pekerja untuk meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga.

Ibu kepada seorang anak itu mengetuai gabungan empat parti berhaluan kiri, semuanya diketuai oleh wanita dan berusia di bawah 35 tahun.

“Saya percaya bahawa semua orang berhak untuk mengisi lebih banyak masa bersama dengan keluarga, orang tersayang, hobi dan menceburi aspek lain dalam kehidupan termasuk budaya.

“Ini adalah langkah kita seterusnya dalam dunia pekerjaan,” katanya seperti dilaporkan Daily Mail.

Sebelum Marin dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau adalah jawatan sebagai Menteri Pengangkutan Findland.

Ketika memegang jawatan itu, beliau mencadangkan untuk waktu kerja lebih singkat bagi meningkatkan hubungan baik dan produktiviti pekerja.

Ketika ini, waktu bekerja di Finland, adalah lapan jam sehari, lima hari seminggu.

Cadangan itu disambut baik oleh Menteri Pendidikan negara itu, Li Andersson yang juga ketua gabungan berhaluan kiri.

Di Sweden, sistem kerja enam jam sehari sudah diperkenalkan pada 2015. Ia menunjukkan kesan positif di mana pekerja lebih gembira dan produktif.

Pada November, Microsoft Jepun memperkenalkan langkah drastik, tiga hari untuk cuti hujung minggu kepada pekerjanya.

Hasil menunjukkan bahawa produktiviti syarikat melonjak 39.9 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 January 2020 @ 11:48 AM