ROUHANI mahu semua pihak mengambil pendirian tegas. FOTO AGENSI
ROUHANI mahu semua pihak mengambil pendirian tegas. FOTO AGENSI
BERNAMA

Tehran: Presiden Iran Hassan Rouhani menyifatkan kepentingan Amerika Syarikat di rantau itu dalam bahaya susulan pembunuhan komander kanan tentera Iran, Qassem Soleimani.

Ia dilaporkan Xinhua News Agency, yang memetik sumber rasmi berita Iran, IRNA.

“Ia bukanlah kejayaan besar menangani Daish, Eropah kini menerima ancaman yang sangat besar,” kata Rouhani dalam perbualan telefon dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Dengan membunuh Soleimani, katanya, “AS sudah melakukan kesilapan strategi yang amat besar,” katanya.

Rouhani menggesa semua negara untuk ‘mengambil pendirian tegas berhubung serangan pengganas AS’.

Bagi Macron, beliau menyatakan kebimbangan berhubung peningkatan konflik di rantau berkenaan.

Soleimani, terbunuh dalam serangan udara AS pada awal pagi Jumaat berhampiran lapangan terbang antarabangsa Baghdad.

Pembunuhan Soleimani menyebabkan ketegangan memuncak secara mendadak antara AS dan Iran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 January 2020 @ 10:38 AM