PENEMPATAN tentera AS diserang di Iraq. FOTO REUTERS
PENEMPATAN tentera AS diserang di Iraq. FOTO REUTERS
Agensi

Baghdad: Jet tentera Iran dilihat berlegar di ruang udara di ibu negara Iraq awal pagi Rabu, sejam selepas Tehran melancarkan peluru berpandu di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq.

Wartawan AFP melihat jet berkenaan menuju ke arah Baghdad tetapi tidak dapat mengenal pasti apakah jenis pesawat itu.

Sementara itu, Reuters melaporkan Iran sudah memulakan serangan pusingan kedua menyasarkan pangkalan menempatkan tentera AS di Iraq.

Serangan itu berlaku selepas serangan pertama.

Serangan berkenaan sebagai tindak balas serangan dron AS mengorbankan Komander Kanan Iran, Qasem Soleiman, di Baghdad, Jumaat lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 January 2020 @ 11:08 AM