QABOOS Said meninggal dunia petang Jumaat lalu. FOTO REUTERS
QABOOS Said meninggal dunia petang Jumaat lalu. FOTO REUTERS
Reuters

DUBAI: Sultan Oman Qaboos Said meninggal dunia petang Jumaat lalu.

Agensi berita kerajaan melaporkan negara itu akan berkabung selama tiga hari.

Qaboos, 79, memerintah negara Teluk itu sejak dia mengambil alih kuasa secara aman dengan bantuan British pada 1970 yang sebelum itu menjajah negara berkenaan.

Qaboos tiada zuriat dan tidak pernah melantik penggantinya secara rasmi.

Berdasarkan undang-undang pada 1996, keluarga pemerintah akan memilih pemerintah baharu selepas tiga hari selepas tiada yang menaiki takhta.

Jika gagal berbuat demikian, majlis terdiri daripada pegawai kanan tentera dan keselamatan, ketua hakim negara dan dua ketua dewan perhimpunan akan melantik pemerintah baharu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 January 2020 @ 9:14 AM