ANTARA keluarga yang menjadi mangsa jenayah di Mexico City. FOTO REUTERS
ANTARA keluarga yang menjadi mangsa jenayah di Mexico City. FOTO REUTERS
AFP

Mexico City: Sekumpulan individu membakar seorang lelaki hidup-hidup Jumaat lalu, selepas dia dipercayai terbabit merogol dan membunuh kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Mereka dikatakan menyerang lelaki itu di bandar Cacahoatan, selatan Mexico selepas mayat kanak-kanak itu ditemui di tepi jalan.

Pihak berkuasa berkata, individu berkenaan menyimbah lelaki itu dengan minyak gas sebelum menyalakan api.

Ketika kejadian, polis cuba menghalang kumpulan itu daripada berbuat demikian, namun gagal.

Kanak-kanak itu sebelum ini dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya, sejak Khamis lalu.

Tindakan yang membelakangkan undang-undang seumpama itu sering terjadi di negara berkenaan di mana 98 peratus jenayah keganasan tidak dihukum.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 January 2020 @ 9:54 AM