X
FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
AFP

Shanghai: Pihak berkuasa di tengah China melaporkan kematian pertama membabitkan wabak pneumonia dipercayai virus baharu mempunyai kaitan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya 41 orang dijangkiti virus berkenaan.

Perkembangan baharu itu dikaitkan dengan SARS yang menyebabkan kematian 349 orang di China dan 299 di Hong Kong, lebih sedekad lalu.

Wabak terbaharu itu kali pertama disahkan di pada 31 Disember lalu, di Wuhan, bandar di tengah China, yang mempunyai 11 juta penduduk.

“Tiada kes jangkitan baharu dikesan sejak 3 Januari 2020,” kata pihak berkuasa.

Berdasarkan laporan, mangsa wabak pneumonia itu adalah peniaga di pasar basah di Wuhan.

Susulan kejadian, pasar itu ditutup daripada beroperasi.

Hong Kong yang terjejas teruk akibat SARS antara 2002 dan 2003 - sudah mengambil langkah pencegahan termasuk meningkatkan pemeriksaan kesihatan penumpang kapal terbang dan menyah kuman kereta api.

Penularan wabak berkenaan berlaku menjelang perayaan Tahun Baharu Cina di mana jutaan rakyat akan pulang ke kampung, akhir bulan ini.

Sementara itu di Hong Kong, 48 dimasukkan ke hospital selepas menunjukkan simptom seperti selesema selepas pulang dari Wuhan.

Bagaimanapun, tiada yang disahkan menghidap wabak berkenaan.

Perkembangan terbaru itu juga menyebabkan pihak berkuasa di Hong Kong dan Taiwan meningkatkan aspek keselamatan kesihatan.

Ia turut mencetuskan pembelian panik apabila ramai penduduk membeli topeng muka.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 January 2020 @ 12:02 PM
    Kabinet Malaysia 2020