X
CIAPAN menerusi akaun Twitter Trump.
CIAPAN menerusi akaun Twitter Trump.
AFP

WASHINGTON: Presiden Donald Trump berkata, Amerika Syarikat memantau demonstrasi di Tehran, sambil memberi amaran ia boleh mengakibatkan ‘pembunuhan beramai-ramai’ sekali lagi.

Demonstrasi itu selepas Iran mengakui tersilap menembak jatuh pesawat Ukraine atas alasan kecuaian manusia.

Pada tunjuk perasaan disertai penuntut universiti, pihak berkuasa Iran menahan Duta Britain ke negara itu, namun beliau kemudian dibebaskan.

Trump menerusi Twitter - dalam Bahasa Inggeris dan Parsi - menyatakan bahawa pihaknya memantau perkembangan terbaharu itu.

“Tidak boleh terjadi pembunuhan beramai-ramai sekali lagi, terhadap peserta perhimpunan aman, atau sekatan Internet. Dunia sedang memerhatikan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 January 2020 @ 11:13 AM