GAMBAR HIASAN
Reuters

SEKURANG-kurangnya 57 orang dipercayai terbunuh dalam runtuhan salji di bahagian Kashmir yang dikuasai Pakistan, sepanjang 24 jam lalu.

Sementara itu, di bahagian Kashmir yang dikuasai India, seramai 10 disahkan maut akibat kejadian sama.

Sumber dari pegawai Pakistan berkata, banyak perkampungan masih terjejas terutama di lembah Neelum.

Hujan lebat juga menyebabkan tanah runtuh di kawasan berkenaan.

Kejadian juga menyebabkan ramai orang dilaporkan hilang.

Pegawai kanan polis India berkata, lima askar antara 10 orang yang terbunuh di sempadan antara India dan Pakistan.

Kashmir terbahagi kepada dua bahagian antara Indian dan Pakistan, sejak kemerdekaan pada 1947.

Sejak itu, wilayah di sempadan berkenaan bergolak menyebabkan ribuan terkoban.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 January 2020 @ 6:09 PM