GAMBAR HIASAN
Reuters

RAKYAT Iran diajak berkumpul untuk melakukan demonstrasi jalanan yang mana sebelum ini disifatkan sebagai bantahan terhadap insiden membabitkan pesawat Ukraine namun, kini ia menjadi kempen menentang kepimpinan Iran.

Penunjuk perasaan yang diketuai pelajar, telah menyusun perhimpunan setiap hari di Iran sejak Sabtu lalu, selepas pemimpin Iran menafikan menembak pesawat Ukraine yang menyebabkan 176 penumpang maut.

“Kita akan turun di jalanan,” kata satu kenyataan yang disebarkan di media sosial, mengajak orang ramai menyertai demonstrasi menentang ‘kerajaan perompak dan perasuah’.

Sebahagian besar penumpang pesawat yang terbunuh adalah warga Iran atau mereka yang mempunyai dua kewarganegaraan yang mana kebanyakannya adalah pelajar yang pulang untuk bercuti bersama keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 January 2020 @ 8:42 PM