GAMBAR HIASAN
Agensi

IRAN telah menahan seorang individu yang dituduh menyebarkan rakaman kejadian tembakan yang menyebabkan nahas pesawat Ukraine minggu lalu.

Tentera Revolusi negara berkenaan menahan individu berkenaan beberapa hari selepas insiden yang meragut 176 nyawa.

Klip video itu menjadi punca seluruh dunia mengesyaki kejadian berkenaan disebabkan kecuaian Iran yang seterusnya menimbulkan kemarahan orang awam.

Agensi berita Iran, Fars melaporkan mengenai penahanan berkenaan namun, tidak menyebut ia berkaitan petikan video yang mana memandangkan terdapat beberapa siri rakaman berbeza.

Seorang wartawan yang berkongsi rakaman berkenaan minggu lalu berkata, sumber yang memberikannya petikan itu masih selamat yang seterusnya menimbulkan kebimbangan sekiranya pihak berkuasa menahan individu yang tidak bersalah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 January 2020 @ 9:55 PM