Lukisan yang dihasilkan Mkrtchyan ketika berusia enam tahun.
Lukisan yang dihasilkan Mkrtchyan ketika berusia enam tahun.
Agensi

Moscow: Seorang lelaki menawarkan lukisan yang dibuat ketika berusia enam tahun pada harga AS$2.3 juta (RM9.3 juta).

Vladimir Mkrtchyan, 41, seorang wartawan menawarkan lukisan berkenaan melalui laman pengiklanan dalam talian minggu lalu dan ia tular di kalangan warganet kerana harganya yang melampau.

Harga berkenaan dikatakan terlalu mahal untuk lukisan kanak-kanak, namun Mkrtchyan menegaskan nilai sebenarnya adalah dua kali ganda daripada harga yang diletakkan.

Ini kerana lukisan berkenaan memaparkan realiti dari pandangan mata seorang kanak-kanak berusia enam tahun pada era Soviet.

“Ketika saya melukis lukisan berkenaan, saya masih kecil dan ketika itu adalah era Soviet. Hasil karya saya kebanyakannya memaparkan realiti yang dilihat melalui skrin televisyen dan buku. Saya berminat dengan tema peperangan ketika itu,” katanya.

Oddity Central melaporkan, Lukisan berjudul ‘Red Army Man on Horse’ itu dijumpai semula selepas dia menyusun barang-barang lama miliknya dan mendapat idea untuk menjual lukisan berkenaan selepas menyedari nilai yang ada pada karyanya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 January 2020 @ 3:44 PM