HENRY Pardo sedang membersihkan abu gunung berapi yang diletupkan selepas letusan gunung berapi Taal, dari bumbung rumahnya berhampiran Agoncillo. FOTO AFP
HENRY Pardo sedang membersihkan abu gunung berapi yang diletupkan selepas letusan gunung berapi Taal, dari bumbung rumahnya berhampiran Agoncillo. FOTO AFP
Agensi

Manila: Kerajaan Filipina akan memindahkan lebih 6,000 penduduk di kepulauan berhampiran Gunung Berapi Taal ke kawasan baru yang terletak lebih 17 kilometer (km) dari perkampungan asal.

Globalnews melaporkan, tindakan itu sebagai langkah keselamatan berikutan membiarkan penduduk masih tinggal di pulau berkenaan ibarat mengacu pistol ke kepala sendiri.

Gunung berapi itu meletus hingga mengeluar abu selama beberapa hari selepas letusan besar pada 12 Januari lalu dirasai sehingga 65 km ke utara Manila.

Setiausaha Dalam Negeri Eduardo Ano berkata, pegawai di wilayah Batangas, yang terletak di gunung berapi itu, diminta untuk mencari kawasan penempatan berkeluasan tiga hektar untuk 6,000 keluarga yang tinggal di empat kampung dan kebanyakannya bekerja sebagai pemandu pelancong, petani dan nelayan di Pulau Volcano.

“Tapak perumahan baru itu harus berada sekurang-kurangnya 17 kilometer dari gunung berapi.

Agensi pemantauan gunung berapi mengisytiharkan pulau itu sebagai zon bahaya kekal tetapi penduduk kampung masih hidup dan bekerja di sana selama beberapa dekad.

“Kami perlu menguatkuasakan peraturan ini,” katanya sambil menambah pelancong akan dikawal memasuki pulau itu tetapi tiada penduduk dibiarkan tinggal di sana secara kekal.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte meluluskan cadangan untuk menjadikan pulau itu sebagai ‘tanah tidak berpenghuni’ tetapi belum lagi mengeluarkan garis panduan rasmi.

Gunung Berapi Taal dengan ketinggian 311 meter adalah gunung berapi kedua paling aktif di Filipina.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina meletakkan Taal pada tahap amaran empat iaitu amaran tertinggi kedua yang menunjukkan letusan lebih besar akan berlaku beberapa jam atau hari lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 January 2020 @ 5:29 PM