KAKITANGAN Wuhan Hygiene Emergency Response Team melakukan siasatan di Huanan Seafood Wholesale Market, Wuhan. FOTO AFP
AFP

Sydney: Seorang lelaki di Brisbane, Australia dikesan menunjukkan simptom seperti wabak koronavirus yang dikaitkan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

ABC melaporkan bahawa lelaki itu menjadi individu pertama yang disyaki dijangkiti virus baharu itu di negara berkenaan, yang sudah mengorbankan empat nyawa di China.

Berdasarkan laporan itu, individu terbabit baru pulang dari Wuhan, tengah China, lokasi di mana lebih 200 kes berkenaan dilaporkan.

Dia kini yang dalam proses pemulihan selepas mengalami masalah pernafasan.

Bagi tujuan itu, individu berkenaan dikuarantin di rumahnya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menunggu keputusan ujian untuk mengesahkan sama ada lelaki itu dijangkiti virus berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 January 2020 @ 1:40 PM