KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO Reuters
KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO Reuters
AFP

Los Angeles: Sekurang-kurangnya seorang maut, manakala tujuh termasuk seorang bayi cedera, dalam kejadian tembakan secara rambang di pusat bandar Seattle.

Lokasi kejadian terletak berhampiran dengan kawasan tumpuan pelancong.

Jurucakap polis berkata, sekurang-kurangnya seorang ditahan susulan kejadian berhampiran dengan restoran makanan segera dan Pike Place Market itu.

Ia adalah kejadian tembakan ketiga di kawasan itu dalam tempoh dua hari.

Ketua Polis Carmen Best memberitahu pemberita bahawa seorang wanita terbunuh dalam insiden berkenaan.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke Harborview Medical Center untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 January 2020 @ 12:19 PM