KEBAKARAN hutan berhampiran lapangan terbang Canberra. FOTO Twitter / Mark Deasy
AFP

SYDNEY: Lapangan terbang di Canberra terpaksa ditutup dan menjejaskan perjalanan penumpang ekoran kebakaran hutan di Canberra, pada Selasa.

Pihak berkuasa berkata, pasukan pemadam kebakaran kini sedang giat menjalankan operasi pemadaman bagi mengelak kebakaran merebak ke kawasan lain.

Agensi Perkhidmatan Kecemasan Wilayah Australia berkata, lapangan terbang itu terpaksa ditutup ekoran keadaan terkini yang berlaku di selatan kawasan berkenaan.

"Kawalan kebakaran yang berlaku di selatan lapangan terbang itu sudah ditingkatkan ke tahap kecemasan dan agensi berkaitan memaklumkan penduduk di tiga pinggir bandar 'terlambat untuk berpindah' untuk berpindah kerana laluan keluar sudah terjejas.

"Penduduk di pinggir bandar perlu diselamatkan segera kerana berada dalam keadaan bahaya dan memerlukan bantuan secepat mungkin," katanya.

Kebakaran itu menjejaskan 140 hektar dan kini sudah mula merebak ke kawasan barat lapangan terbang berkenaan.

Suhu yang tinggi selain angin kencang menyebabkan lebih banyak kawasan di timur Australia akan terjejas selepas beberapa hari hujan di kawasan berkenaan.

Australia sebelum ini berdepan dengan ancaman kebakaran hutan berskala besar sejak September tahun lalu mengorbankan hidupan liar selain menjejaskan masyarakat setempat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 January 2020 @ 2:52 PM