PESAWAT C-130 Hercules. FOTO AFP
AFP

Sydney: Sebuah pesawat digunakan untuk pengeboman air bagi memadamkan kebakaran terhempas dan mengorbankan tiga kru di barat daya Sydney pada Khamis, kata jurucakap rasmi Australia.

Perkhidmatan Kebakaran Luar Bandar New South Wales, Komisioner Shane Fitzsimmons berkata, pesawat C-130 Hercules milik Kanada itu terputus hubungan ketika menjalankan operasi di kawasan Snowy Monaro pada 1.30 tengah hari.

Fitzsimmons berkata, semua yang terkorban adalah anggota bomba warga Amerika Syarikat yang dihantar untuk membantu memadamkan kebakaran hutan di negara berkenaan.

"Kami berdukacita dengan kejadian yang berlaku kerana kehilangan tiga individu yang berjasa dan mengorbankan hidup mereka untuk membantu memadamkan kebakaran," katanya.

Sehingga kini, 32 dilaporkan terkorban dalam krisis kebakaran di negara berkenaan yang bermula sejak September tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 January 2020 @ 3:12 PM