KEADAAN stesen kereta api di Wuhan yang hampir kosong. FOTO AFP
AFP

Beijing: China mengarahkan tiada kereta api atau pesawat berlepas dari Wuhan, susulan penularan wabak koronovirus yang kini menyebabkan 17 kematian.

Pihak berkuasa di Wuhan juga menggantung semua perkhidmatan bas dan kereta api bawah tanah.

Selain itu, tiada penduduk yang dibenarkan keluar dari bandar itu tanpa ‘alasan khusus’

Lebih 570 orang dijangkiti dengan virus itu di seluruh China dengan kebanyakan kes dikesan di Wuhan.

Virus terbaharu itu menyebabkan panik apabila ia dikaitkan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Wabak SARS antara 2002 dan 2003 menyebabkan 650 kematian di tanah besar China dan Hong Kong

Sementara itu, pemerhatian mendapati stesen kereta api di Wuhan kini hampir kosong. Hanya ada pekerja dan beberapa orang beratur untuk menaiki teksi.

Semuanya dilihat memakai penutup hidung dan mulut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 January 2020 @ 4:34 PM