MANGSA menunjukkan tanda ‘peace’ selepas ditembak. FOTO AFP
Agensi

Tennessee: Seorang wanita masih boleh melemparkan senyuman selepas ditembak individu tidak dikenali di depan rumahnya di Chattanooga, tenggara wilayah ini.

Laporan The Sun memaklumkan, rakan mangsa membuat rakaman secara langsung di lokasi kejadian sebelum sebuah kereta menghampiri mangsa.

Menerusi rakaman berdurasi 37 saat itu, mangsa sempat bercakap dengan seorang lelaki sebelum terdengar bunyi tembakan yang menyebabkan wanita itu rebah di atas jalan raya.

Namun, reaksi mangsa selepas ditembak begitu mengejutkan apabila dia sempat tersenyum sambil terbaring sambil menunjukkan tanda peace walaupun dalam berlumuran darah.

Terkejut dengan insiden yang nyaris meragut nyawa, rakan mangsa kemudian terus berlari untuk menyelamatkan diri.

Rakaman video itu kemudian tular selepas dimuat naik di Twitter @ricchgorl dengan mencecah 4.4 juta tontonan dari warganet seluruh dunia.

Bagaimanapun, kejadian itu mengundang tanda tanya warganet sehingga ada yang mengandaikan insiden itu sekadar lakonan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 January 2020 @ 6:00 AM