PYWELL
Agensi

London: Ibu dua anak terkejut selepas seorang lelaki meminta dia memberikan gambar tanpa pakaian sebagai ‘balasan’ jika mahu membantu membaiki keretanya yang rosak, Jumaat lalu.

Bethany Pywell bersama rakannya berada di kawasan perdagangan di King’s Lynn kira-kira jam 9 malam sebelum keretanya gagal dihidupkan.

Dia yang terdesak untuk menghantar dua anak mereka pulang ke rumah kemudian cuba mendapatkan pertolongan orang awam di lokasi selain menggunakan Facebook (FB).

Pywell sedikit lega apabila seorang kenalan FB menyapa dan menawarkan bantuan untuk membaiki keretanya.

Bagaimanapun, lelaki yang dikenali sebagai Luke itu meminta Pywell memberikan gambar tanpa baju kepadanya sebagai balasan pertolongan yang dihulurkan.

“Saya terkejut dengan permintaannya dan tidak menyangka dia sanggup membuat permintaan yang melampau. Lelaki itu berjanji untuk datang membantu hanya selepas permintaannya ditunaikan,” katanya.

Pywell nyata kecewa dengan permintaan melampau lelaki berkenaan yang disifatkan mengambil kesempatan ketika dia terdesak.

Dia yang juga turut menyekat Luke daripada media sosialnya meskipun lelaki itu baru menjadi kawan sebulan lalu dan tidak pernah berjumpa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 January 2020 @ 6:00 AM