RICKARD dan Wayne dituduh membunuh. FOTO Agensi
Agensi

London: Suami isteri dituduh di Mahkamah Reading Crown atas tuduhan membunuh dan menipu pemilik sebuah ladang di South Newington, tenggara England, pada Mac 2014.

Daily Mail melaporkan, Lynda Rickard, 61, dan suaminya Wayne, 64, dituduh membunuh dan menipu James Anthony Sootheran, 59, kerana mahu mengaut harta dan ladang mangsa bernilai 3.5 juta pound (RM186 juta).

Mahkamah dimaklumkan, Sootheran ditemui mati oleh doktor di dalam bilik di rumahnya di ladang berkenaan dalam keadaan kurus dan tidak terurus.

Pasangan itu yang menetap di ladang berkenaan bersama mangsa dituduh melakukan perbuatan berkenaan antara 13 Mac hingga 19 Mac 2014.

Selain mereka, Michael Dunkley, 48, Denise Neal, 39, dan Shanda Robinson, 50, dituduh melakukan penipuan terhadap mangsa, namun semua tertuduh menafikan kesalahan itu.

Pendakwa raya memaklumkan kepada mahkamah, Sootheran yang sebelum ini bekerja sebagai kerani lelongan mewarisi kekayaan keluarganya ditemui dalam keadaan tidak terurus.

“Mangsa dan mendiang ibunya Mary Joy Sootheran dibantu Rickard dalam menguruskan kehidupan seharian, namun tidak menyangka mereka akan dieksploitasi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 January 2020 @ 6:01 AM