GAMBAR tular menunjukkan kakitangan perubatan memakai pakaian khas di hospital di Wuhan. FOTO Reuters
GAMBAR tular menunjukkan kakitangan perubatan memakai pakaian khas di hospital di Wuhan. FOTO Reuters
AFP

Beijing: Angka kematian akibat wabak koronavirus kini meningkat kepada 41 orang, dengan hampir 1,300 kes jangkitan.

Pihak berkuasa berkata 15 kematian di Wuhan, bandar dengan populasi 11 juta di mana wabak itu pertama kali dikesan.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dalam kenyataan berasingan menjelaskan bahawa sebanyak 444 kes baharu dikesan.

Wabak itu kini menular ke 30 wilayah.

Wuhan dan 13 bandar lain kini diarahkan ‘dikuarantin’ dalam usaha untuk mencegah penularan wabak berkenaan.

Virus itu dikatakan mempunyai persamaan dengan Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS) di China dan Hong Kong antara 2002 dan 2003.

Ia juga mencetuskan kebimbangan apabila menular ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 January 2020 @ 9:35 AM