Tilli Buchanan, 27, boleh dikenakan hukuman mengikut undang-undang kelucahan yang dikuatkuasakan di Utah kerana tidak memakai baju di hadapan anak tirinya. FOTO Agensi
Agensi

Salt Lake City: Seorang wanita boleh dituduh sebagai pesalah seks selepas anak tirinya melihat dia tanpa pakaian di rumahnya di Utah, baru-baru ini.

Mirror melaporkan, Tilli Buchanan, 27, boleh dikenakan hukuman mengikut undang-undang kelucahan yang dikuatkuasakan di Utah.

Wanita itu dikatakan membuka pakaian dalam selepas melakukan kerja pembaikan di garaj rumah bersama suaminya, namun kejadian itu dilihat tiga anak tirinya.

Namun kejadian itu diketahui ibu kepada anak tirinya yang berusia sembilan hingga 13 tahun sebelum membuat laporan kepada polis.

Kini, undang-undang kelucahan sudah dikuatkuasakan di Amerika Syarikat dan dengan menunjukkan payudaranya, Buchanan dianggap sudah melakukan kesalahan.

Bagaimanapun, peguam belanya, Randall W Richards mempertikaikan undang-undang terbaharu itu dan mempersoalkan mengapa lelaki tidak dikenakan tindakan jika melakukan perbuatan sama.

Hakim, Kara Pettit bagaimanapun menolak hujahan itu dan membuat keputusan bahawa kes berkenaan akan dibicarakan kerana menjadi keutamaan kerajaan menjaga kebajikan kanak-kanak dari segi kesihatan, keselamatan dan moral.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 January 2020 @ 3:29 PM