CARRIE Lam. FOTO Reuters
AFP

Hong Kong: Hong Kong mengisytiharkan penularan wabak koronavirus di Wuhan, China sebagai ‘darurat’ iaitu tahap amaran tertinggi bandar raya itu.

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam berkata, pihak berkuasa meningkatkan usaha mengurangkan risiko penularan wabak berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan angka kematian akibat wabak koronavirus kini meningkat kepada 41 orang, dengan hampir 1,300 kes jangkitan.

Pihak berkuasa berkata 15 kematian di Wuhan, bandar dengan populasi 11 juta di mana wabak itu pertama kali dikesan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 January 2020 @ 5:59 PM