ORANG awam memakai penutup mulut dan hidung di Shanghai. FOTO AFP
ORANG awam memakai penutup mulut dan hidung di Shanghai. FOTO AFP
Agensi

TIANJIN, bandar kedua utama China yang memiliki populasi 15 juta menggantung perkhidmatan semua bas jarak jauh dan sewa khas berikutan penularan koronavirus di negara itu.

AFP melaporkan, penggantungan berkuat kuasa Isnin (esok) itu diumumkan pihak berkuasa tempatan dalam Twitter dan Weibo, hari ini.

Tindakan terbabit dilakukan sehari selepas Beijing mengumumkan perkara sama.

Sementara itu, menurut Reuters yang memetik laporan CCTV, Shanghai mengumumkan penutupan operasi Disneyland Hong Kong dan Ocean Park mulai semalam, sebagai langkah pencegahan mengekang penularan wabak itu.

Bagaimanapun, hotel dalam taman tema itu dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Setakat semalam, China mengesahkan 1,975 kes pesakit dijangkiti virus baharu terbabit manakala angka kematian meningkat kepada 56 orang.

Wabak terbabit dikesan berpunca di Wuhan dan Hubei akhir tahun lalu dan merebak ke bandar lain termasuk Beijing dan Shanghai.

Ia turut dikesan menular di Amerika Syarikat, Thailand, Korea Selatan, Jepun, Australia, Perancis dan Kanada.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 January 2020 @ 10:42 AM