PASUKAN penyiasat berada di lokasi kejadian. FOTO Reuters
AFP

Los Angeles: Pegawai penyiasat persekutuan melakukan pemeriksaan di lokasi nahas

helikopter yang mengorbankan sembilan orang termasuk legenda bola keranjang Amerika Syarikat (AS), Kobe Bryant di negara itu, semalam.

Ia bagi mencari punca nahas yang menggemparkan dunia itu.

Datuk Bandar Los Angeles (LA), Mayor Eric Garcetti sebelum ini mengesahkan anak perempuan Bryant, Gianna yang berusia 13 tahun, antara yang maut dalam insiden itu.

Gianna antara empat anak Bryant hasil perkahwinan dengan isterinya, Vanessa.

Bryant adalah Juara NBA lima kali dan beraksi bersama Los Angeles Lakers selama 20 tahun sebelum bersara pada April 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 January 2020 @ 8:46 AM