ORANG awam memakai penutup hidung dan mulut di stesen kereta api di Beijing. FOTO AFP
AFP

TORONTO: Kanada mengesahkan kes pertama jangkitan koronavirus baharu di negara itu.

Pihak berkuasa mengesahkan ia membabitkan seorang lelaki dari China.

Sementara itu, isteri kepada lelaki berkenaan juga disyaki dijangkiti virus berkenaan

Bagaimanapun, ketika ini, pihak berkuasa masih menunggu laporan analisis makmal.

Sekurang-kurangnya 20 orang di negara itu turut dipantau berhubung kes berkenaan.

Pesakit lelaki itu adalah lelaki berusia 50-an yang tiba dari Wuhan, kini ditempatkan di wad isolasi di sebuah hospital.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 January 2020 @ 11:10 AM