NETANYAHU didakwa atas tuduhan rasuah. FOTO REUTERS
Reuters

Jurusalem: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu secara rasmi didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan rasuah selepas beliau menarik balik permohonan kekebalan daripada Parlimen untuk pendakwaan.

Netanyahu bagaimanapun ketika ini berada di Washington bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjelang majlis pengumuman pelan damai Israel dan Palestin yang sudah lama tertangguh.

Permohonan kekebalan daripada Parlimen menyebabkan proses untuk mendakwa beliau terhalang sehingga kini.

Pencabar Netanyahu dari pakatan parti politik diketuai ketua turus staf tentera, Benny Gantz yang turut membuat lawatan singkat ke Washington untuk berbincang dengan Trump pelan damai itu, kemudian bergegas pulang ke Israel bagi memimpin perbahasan parlimen berhubung pemberian kekebalan kepada Netanyahu.

“Netanyahu akan dibicarakan - kita perlu bergerak.

“Rakyat Israel mempunyai pilihan yang jelas sama ada ingin Perdana Menteri bekerja untuk mereka atau Perdana Menteri lebih mementingkan dirinya sendiri.

“Tiada seseorang pun yang dapat mengurus negara dan secara selari mengurus tiga kes jenayah yang serius,” katanya dalam ciapan di Twitternya.

Netanyahu boleh dipenjara 10 tahun jika disabitkan kesalahan rasuah dan tempoh maksimum tiga tahun membabitkan kes penipuan dan pelanggaran kepercayaan.

Beliau disyaki menerima sogokan bernilai USD264,000 termasuk cerut dan wain daripada ahli perniagaan yang turut digunakan berkaitan rasuah membabitkan media.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 January 2020 @ 10:40 PM