WARGA China menggunakan botol plastik untuk melindungi diri. FOTO Agensi
Agensi

WARGA China di seluruh dunia dilihat memakai bekas dan beg plastik di kepala mereka bagi melindungi diri daripada koronavirus.

Daily Mail melaporkan, beberapa gambar tersebar di media sosial menunjukkan tindakan terdesak beberapa individu untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti virus yang kini meragut 130 nyawa.

Seorang penumpang, Marina Jambrina memaklumkan Western Australian, kebanyakan penumpang pesawat menggunakan topeng muka.

FOTO Agensi

“Ketika berada di Shanghai, saya tidak nampak mana-mana individu tidak memakai topeng muka. Saya tidak pernah melihat keadaan seperti ini dan ia agak menakutkan,” katanya.

Di beberapa bandar di China, topeng muka sudah habis dijual menyebabkan orang awam terpaksa memikirkan cara lain untuk melindungi diri.

FOTO Agensi

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 8:50 PM