PENDUDUK di Manila memakai topeng penutup hidung. FOTO REUTERS
PENDUDUK di Manila memakai topeng penutup hidung. FOTO REUTERS
Agensi

ANGKA jangkitan koronavirus meningkat kepada 7,909 seluruh dunia dengan kematian kekal 170 mangsa di China setakat petang ini, lapor media tempatan.

Reuters melaporkan, Filipina mengesahkan kes pertama jangkitan wabak berkenaan membabitkan wanita berusia 38 tahun dari Wuhan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Vietnam berkata, tiga lagi kes jangkitan dikesan menjadikan jumlah kes keseluruhan empat setakat ini.

Amerika Syarikat akan mengendalikan lebih banyak penerbangan mengeluarkan rakyatnya yang terperangkap di Wuhan pada 3 Februari ini.

AFP melaporkan, Britain pula menangguhkan rancangan membawa keluar rakyatnya berikutan secara rasminya belum menerima kebenaran untuk memasuki China.

Selain itu, berkuat kuasa hari ini, Russia mengumumkan menghentikan sementara pengeluaran visa elektronik kepada rakyat China susulan penularan wabak berkenaan.

Ikea turut mengumumkan penutupan sementara seluruh 30 cawangannya di China bermula hari ini.

Sebahagian 14,000 kakitangan yang bekerja di China diberikan cuti berbayar dan diarahkan duduk di rumah sehingga dimaklumkan kelak.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 January 2020 @ 6:36 PM