FOTO Hiasan. FOTO AFP
FOTO Hiasan. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Seramai 10 orang lagi penumpang sebuah kapal persiaran yang berlabuh di pelabuhan di Yokohama, disahkan positif koronavirus baharu.

Ia menjadikan 20 penumpang kapal berkenaan positif wabak berkenaan, setakat ini.

Kapal Diamond Princess dengan lebih 3,700 penumpang dan kru sebelum ini dikuarantin selepas bekas penumpangnya disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Penumpang itu bagaimanapun sudah turun dari kapal sama ketika ia berlabuh di Hong Kong, sebelum ini.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Februari 2020 @ 8:55 AM