QASSIM AL-RIMI
QASSIM AL-RIMI
AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengesahkan tenteranya berjaya membunuh pemimpin Al-Qaeda Semenanjung Arab (AQAP).

Trump berkata, kejayaan itu diperoleh beberapa hari selepas kumpulan terbabit mendakwa bertanggungjawab atas serangan tembakan di sebuah pangkalan tentera laut AS.

“AS menjalankan operasi terhadap pengganas di Yaman yang berjaya membunuh Qassim al-Rimi, pengasas dan pemimpin Al-Qaeda Semenanjung Arab (AQAP),” kata Trump dalam satu kenyataan Rumah Putih pada Khamis.

Ahad lalu, AQAP mendakwa bertanggungjawab atas serangan di Stesen Angkatan Tentera Laut Pensacola di Florida pada 6 Disember lalu di mana seorang pegawai tentera udara Arab Saudi membunuh tiga kelasi AS.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Februari 2020 @ 11:10 AM