FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

BEIJING: Wabak koronavirus yang merebak dengan cepat di China dipercayai mungkin tersebar melalui perdagangan haram tenggiling.

China yang terkenal dengan makanan eksotik menjadikan mamalia itu sebagai khasiat dalam perubatan tradisional.

Penyelidik South China Agricultural University di China berkata, penemuan itu dianggap penting bagi mencegah penularan wabak itu yang kini sudah membunuh lebih 600 nyawa.

“Selepas menguji lebih daripada 1,000 sampel haiwan liar, saintis dari universiti mendapati salasilah genom baka yang dijumpai pada tenggiling 99 peratus sama dengan pesakit koronavirus,” kata agensi berita rasmi Xinhua.

Beberapa pakar menyeru saintis China untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai penyelidikan mereka.

Seorang profesor perubatan veterinar di University of Cambridge, James Wood berkata, laporan persamaan antara salasilah genom baka tidak mencukupi.

“Hasilnya (kajian) mungkin disebabkan oleh pencemaran persekitaran yang terdedah.

“Kita perlu melihat semua data untuk mengaitkan bagaimana virus itu menjangkiti manusia dan tenggiling,” katanya.

China pada Januari lalu mengharamkan sementara perdagangan haiwan liar sehingga wabak itu terkawal.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Februari 2020 @ 8:46 PM
    Digital NSTP Subscribe