BUDAK perempuan memakai penutup mulut dan hidung ketika tiba di pelabuhan di Hong Kong. FOTO AFP
BUDAK perempuan memakai penutup mulut dan hidung ketika tiba di pelabuhan di Hong Kong. FOTO AFP
AFP

Beijing: Angka korban akibat koronavirus baharu di China meningkat kepada 722 orang, sekali gus bakal melepasi kadar kematian Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), dua dekad lalu.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata, 86 kematian lagi direkodkan di Hubei, wilayah paling terjejas teruk akibat wabak itu.

Selain itu, 3,399 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes keseluruhan kepada 34,500 di seluruh China.

SARS pada 2002 dan 2003 menyebabkan 650 orang maut di China dan Hong Kong.

Selain itu, 120 orang lagi maut di negara lain.

Dalam perkembangan sama, Hong Kong menguatkuasakan kuarantin mandatori dua minggu kepada mana-mana individu yang datang dari tanah besar China.

Mereka perlu menjalani kuarantin itu di kediaman masing-masing.

Selain itu, perintah itu terpakai untuk mana-mana individu yang pernah ke China dalam tempoh dua minggu lalu, dan memasuki Hong Kong dari destinasi lain.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Februari 2020 @ 9:50 AM
    Digital NSTP Subscribe