ORANG awam memakai penutup mulut dan hidung. FOTO AFP
ORANG awam memakai penutup mulut dan hidung. FOTO AFP
AFP

Beijing: Seorang warga Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia akibat koronavirus baharu di China.

Kedutaan AS mengesahkan mangsa berusia 60 tahun

Laporan sama berkata, mangsa sebelum ini dimasukkan ke hospital di Wuhan.

Bagaimanapun, tiada butiran terperinci mengenai mangsa.

Sebelum ini, angka korban akibat koronavirus baharu di China meningkat kepada 722 orang.

Ia sekali gus melepasi kadar kematian Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), dua dekad lalu.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata, 86 kematian lagi direkodkan di Hubei, wilayah paling terjejas teruk akibat wabak itu.

Selain itu, 3,399 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes keseluruhan kepada 34,500 di seluruh China.

SARS pada 2002 dan 2003 menyebabkan 650 orang maut di China dan Hong Kong.

Selain itu, 120 orang lagi maut di negara lain.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Februari 2020 @ 2:40 PM